Tengah cari pembantu rumah yang rajin dan tidak duduk diam?

Bagaimana anda boleh mendapatkan maid atau orang gaji Muslim yang rajin dan tidak perlu memberi banyak arahan?

Melalui agensi kami, anda akan berpuas hati dengan pembantu rumah yang telah kami sediakan untuk anda!

“Alhamdulillah.. Bibik sangat rajin, tahu nak buat apa dan suka cari kerja! :-)”

Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di dalam web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan ulasan dari pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan servis ini seperti arahan pada pembekal. Namun, kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah/komplikasi yang berlaku kepada pengguna di atas penggunaan servis ini.

Kisah pembantu rumah buat hal..

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan cerita selebriti Terlajak Laris, pembantu rumah Dato’ Aliff Syukri membuat hal semasa beliau tiada di rumah. Menurut cerita yang sudah viral di Facebook, pembantu rumahnya telah melarikan beberapa puluh ribu wang ringgit berserta beberapa pakaian yang bernilai lebih 4 angka.

Cerita ini menjadi kecoh seketika sehinggalah pembantu-pembantu rumah Dato’ Aliff Syukri berjaya diberkas. Selepas suspek berjaya dibawa ke balai polis, cerita pembantu rumah Dato’ Aliff Syukri menjadi senyap.

Daripada kisah ini, bukan semua pembantu rumah boleh dicopkan sebagai bermasalah. Kerana, hanya segelintir pembantu rumah yang bermasalah, habis semua pembantu rumah yang lain dicop jahat. Ia bergantung kepada bagaimana kita mahu mengatasi masalah ini daripada terus berlaku.

Pembantu rumah penting untuk membantu meringankan kerja-kerja rumah

Tanpa kita sedar, sebenarnya pembantu rumah atau maid atau orang gaji ini, mereka telah membantu kita meringankan kerja-kerja rumah. Disebabkan sibuk bekerja atau ahli keluarga yang ramai, sebagai seorang ibu atau bapa pun tidak terlarat untuk mengemas dan membersihkan rumah.

Jadi, tugas-tugas ini diambil oleh pembantu rumah yang telah kita upahkan (atau dibayar gaji). Antara peranan pembantu rumah adalah:

  1. Membantu menjaga dan memantau anak-anak ketika kita sibuk bekerja.
  2. Mengemas rumah supaya kebersihan dan kekemasan terjaga.
  3. Jika kita mempunyai ibu bapa yang sudah tua, mereka menjadi peneman mereka.
  4. Pembantu rumah dapat mengurangkan kos penghantaran ke pusat-pusat asuhan sekiranya anak-anak kita masih kecil dan ramai

Semua ini dapat membantu meringankan kerja-kerja rumah kita apabila kepenatan pulang dari tempat kerja. Jadi, jangan pertikaikan kerja-kerja seorang pembantu rumah.

Antara bidang tugas seorang pembantu rumah adalah.

Siapa kata kerja pembantu rumah ini mudah? Bermula dengan jam 5 pagi, mereka sudah bangun untuk menyiapkan sarapan pagi dan membuat kerja-kerja pada waktu pagi (seperti mengemas dapur atau membasuh kain). Tidur belum tentu awal sekiranya tuan rumah masih berjaga sehingga jam 12 tengah malam. Ketika itu, barulah pembantu rumah dapat melelapkan mata.

Berikut adalah bidang tugas sebagai seorang pembantu rumah:

Menyapu sampah

Mencuci baju

Mengemas rumah

Membersihkan habuk

Mengemop lantai

Membersihkan halaman rumah

Memasak dan menyediakan makanan

Memantau anak-anak kecil

Menjaga keselamatan ahli keluarga di dalam rumah

Tugas pembantu rumah tidak terhad kepada membersihkan rumah sahaja..

Pembantu rumah juga bertanggungjawab untuk:

  1. Melaporkan perkara yang boleh membahayakan nyawa dan keselamatan isi rumah.
  2. Sentiasa peka sama ada tuan rumah dan ahli keluarga ada di rumah ataupun tidak.
  3. Tidak membenarkan sebarangan orang untuk masuk ke dalam rumah.
  4. Tidak membuka aib ahli keluarga kepada jiran-tetangga.
  5. Tidak membuang masa ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya ketika tuan rumah memberi hari cuti.
  6. Membelanjakan wang dengan berhemat ketika membeli barang dapur.
  7. Sentiasa menjadi telinga dan mata untuk anak-anak supaya mereka tidak melakukan perkara tidak berfaedah.

Siapa yang memerlukan perkhidmatan pembantu rumah ini?

Kami tahu, tidak semua orang untuk berkemampuan menggajikan pembantu rumah di rumah anda. Jadi, jika anda rasa anda adalah salah satu golongan di bawah ini, mungkin anda boleh berbincang dengan kami untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah Muslim ini:


Suami isteri yang bekerja sepenuh masa. Masa banyak dihabiskan di tempat kerja dan tidak sempat untuk membersihkan rumah.

Warga emas yang sakit dan tiada siapa yang mahu menjaga mereka. Pembantu rumah sangat disarankan untuk membantu dan menjaga mereka.


Ibu-bapa yang mempunyai ramai anak. Kami tahu, anak yang ramai membuatkan rumah anda sentiasa bersepah dan tidak kemas. Jadi, pembantu rumah kami akan membantu anda mengemas rumah. Dalam masa yang sama, memantau anak-anak anda yang ramai itu.

Serta, kawasan rumah yang besar sehingga tidak sempat untuk mengemas kesemuanya. Dengan adanya pembantu rumah, kami bantu ringankan beban anda untuk mengemas rumah yang besar ini!

Andalah yang kami cari untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah.

Oleh itu, memperkenalkan..

Pembantu Rumah Muslim

Membantu menyediakan pembantu rumah yang rajin serta suka membuat kerja

9 Kelebihan – Apabila anda mengambil servis perkhidmatan pembantu rumah dengan kami

Berikan kami masa 90 saat untuk terangkan kepada anda, 9 kelebihan apabila anda mula mengambil servis perkhidmatan pembantu rumah dengan kami:

Kelebihan #1 – Pembantu rumah rajin dan tahu buat kerja

Kebanyakan pembantu rumah di bawah seliaan kami terdiri daripada mereka yang rajin dan suka mencari kerja-kerja rumah. Mereka mempunyai pengalaman menjadi pembantu rumah tidak kira pernah bekerja di Malaysia mahupun Timur Tengah. Sebagai majikan, anda boleh pilih pembantu rumah yang berpengalaman ataupun tidak. Kerana, ada juga maid yang tidak pernah bekerja.

Kelebihan #2 – Jaminan 3 bulan

Kami juga memberi jaminan 3 bulan kalau pembantu rumah lari. Sekiranya pembantu rumah di bawah agensi kami LARI, kami akan ganti dengan pembantu rumah yang baru dalam tempoh masa 1 bulan.

Kelebihan #3 – Kontrak kerja selama 2 tahun

Takut pembantu rumah lari? Kami buatkan kontrak bekerja selama 2 tahun. Selepas habis tempoh 2 tahun, pembantu rumah tersebut boleh memilih sama ada untuk terus bekerja dengan majikan ataupun mohon untuk pulang ke negara asal. Sekiranya pembantu rumah tersebut berminat untuk sambung bekerja, ia tanpa melibatkan agensi (tiada bayaran lain).

Kelebihan #4 – Pembantu rumah berserta dengan permit kerja

Jangan takut untuk mengambil pembantu rumah dengan kami. Kerana, kami menawarkan pembantu rumah berserta permit kerja. Jadi, mereka tidak akan bekerja secara haram, kerana kami akan membuat pembantu rumah ini bekerja secara sah.

Ingin ditegaskan di sini, semua pembantu rumah kami adalah yang baru dibawa masuk dari Indonesia. BUKAN pembantu rumah sedia-ada atau yang dikitar semula. Yang baru masuk sahaja yang boleh dibuat permit.

Kelebihan #5 – Maid dihantar terus ke depan rumah

Tiada caj tambahan! Kami hantar terus pembantu rumah ke depan pintu rumah anda. Apa yang anda perlu buat, hanya tunggu dan sambut pembantu rumah anda ini dari rumah sahaja. Tidak perlu datang ke agensi kami untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah. Kami hantar secara PERCUMA!

Kelebihan #6 – Ejen pembantu rumah mudah dihubungi

Ada masalah dengan pembantu rumah? Hubungi kami dengan kadar segera. Kami akan menjawabnya dengan cepat dan pantas. Kami sendiri yang menguruskan agensi pembantu rumah ini. Kami tidak melantik wakil lain sebagai ejen kami. Jadi, kami akan cuba membantu menyelesaikan masalah anda sekiranya anda mempunyai masalah dengan pembantu rumah daripada agensi kami.

Kelebihan #7 – Terdapat tempoh percubaan 1 minggu untuk mendapatkan keserasian

Tak pasti pembantu rumah yang baru ini serasi ataupun tidak dengan anda? Kami bagi tempoh 1 minggu percubaan untuk pembantu rumah ini serasi bekerja dengan anda. Jika anda tidak mendapat kerasian tersebut, hubungi kami dengan segera supaya kami dapat menukar dengan pembantu rumah yang baru dalam tempoh satu minggu itu.

Selepas tempoh 1 minggu percubaan, anda tidak memberi apa-apa kata bantahan, kami akan terus memohon permit untuk pembantu rumah ini. Segala dokumen penting akan dihantar kepada KDN dan Imigresen. Ketika ini, anda sudah tidak boleh menarik balik permohonan permit pembantu rumah tersebut.

Kelebihan #8 – Boleh interview pembantu rumah secara bersemuka ataupun video call

Mahu melihat dahulu pembantu rumah? Anda boleh membuat interview secara bersemuka di pejabat kami di Dataran Senawang ataupun anda boleh membuat video call untuk tujuan interview bagi memilih pembantu rumah ini. Anda akan mengetahui latar belakang pembantu rumah yang akan bekerja dengan anda.

Kelebihan #9 – Mempunyai sesi kaunseling untuk pembantu rumah yang mempunyai masalah disiplin

Takut cerita-cerita buruk terjadi kepada anda? Kami bagi kaunseling untuk pembantu rumah yang mempunyai masalah. Kami mahu anda berasa selesa mendapat pembantu rumah yang tidak mempunyai banyak ragam.

 

Untuk mengurangkan risiko pembantu rumah lari, anda diingatkan:

  1. Elakkan pembantu daripada berhubung dengan orang luar melalui telefon bimbit.
  2. Sekiranya pembantu rumah tersebut membawa telefon bimbit daripada negara asal, telefon tersebut akan diserahkan kepada anda untuk DISIMPAN.
  3. Majikan boleh memberi telefon kepada pembantu rumah sekiranya sudah percaya dengan mereka.
  4. Sekiranya anda memberi cuti kepada pembantu rumah, mereka tidak dibenarkan ke mana-mana tanpa pengawasan majikan. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya masalah sosial (bergaul bebas dengan orang luar).
  5. Semua ini adalah atas budi bicara majikan/tuan rumah.

Jadi, anda masih ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah dengan kami?

Jom lihat apa kata mereka selepas mendapatkan khidmat pembantu rumah melalui kami:

“Rajin kerjanya. Mak saya pun suka. Tak banyak complaint!”

“Maid rajin dan cekap. Mereka memang mahu bekerja!”

“Alhamdulillah.. kerjanya baik. Tak duduk diam. Hehe.. :-)”

“Alhamdulillah.. kerja-kerja lain pun pandai. Boleh juga jaga kucing”

Tunggu apa lagi?

Kami sedia membantu menyediakan pembantu rumah yang rajin dan tahu membuat kerja. Jika anda mahu mendapatkan khidmat pembantu rumah ini dengan segera.. dapatkan perkhidamatan Pembantu Rumah Muslim sekarang!

Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di dalam web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan ulasan dari pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan servis ini seperti arahan pada pembekal. Namun, kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah/komplikasi yang berlaku kepada pengguna di atas penggunaan servis ini.

Klik Sini Untuk Tempah Pembantu Rumah Anda Sekarang!

Atau call / SMS ke  013-2098989 (Puan Shima)

Yang benar,

Pn. Shima
Pembantu Rumah Muslim

PS: Pembantu Rumah Muslim adalah sebuah agensi yang menyediakan pembantu rumah yang rajin dan tahu membuat kerja.

PSS: Bukan itu sahaja, harga perkhidmatan yang ditawarkan juga mengikut harga pasaran. Anda tidak perlu takut untuk mengeluarkan duit bagi mendapatkan perkhidmatan Pembantu Rumah Muslim daripada kami. Dapatkan sekarang!